Kajian Mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemeliharaan Gua Gunung Senyum Temerloh Pahang

Penyelidikan ini mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemuliharaan Gua Gunung Senyum di Temerloh Pahang. Gunung Senyum ini merupakan salah satu warisan alam semula jadi dan merupakan Hutan Lipur dan juga taman rekreasi bagi masyarakat. Terdapat beberapa objektif kajian yang digunakan di dalam p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Zailatul Rozaimirul
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4061/1/C18A0463%20ZAILATUL%20ROZAIMIRUL%20BIN%20ZAKARIA.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4061/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemuliharaan Gua Gunung Senyum di Temerloh Pahang. Gunung Senyum ini merupakan salah satu warisan alam semula jadi dan merupakan Hutan Lipur dan juga taman rekreasi bagi masyarakat. Terdapat beberapa objektif kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini seperti mengenalpasti kelebihan dan keunikan Gua Gunung Senyum dengan terperinci, mengenalpasti keadaan infrastruktur di kawasan Gua Gunung Senyum kekal terjaga dan mengenalpasti implikasi penyelenggaraan yang sistematik terhadap pemeliharaan Gua Gunung Senyum. Semasa menjalankan penyelidikan ini terdapat reka bentuk kajian yang telah digunakan seabagai panduan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini adalah data primer dan data skunder dimana data primer melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik seramai 100 orang responden manakala data skunder melalui sumber internet, perpustakaan, artikel atau rencana dan teori sosiologi. Analisi data dilakukan secara menyeluruh sesuai dengan pengumpulan data yang diperolehi daripada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Akhir sekali, penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada individu, masyarakat, pendidikan dan juga negara.