Kajian Motif Ukiran Kayu Keatas Plate Kayu Dengan Mengaplikasikan Motif Flora Keatas Karya.

Ukiran kayu adalah salah satu hasil seni rupa tradisi Melayu yang sekian lama di gunakan oleh masyarakat terdahulu. Ukiran kayu adalah satu seni yang mengorek permukaan kayu atau bongkah kayu menjadi sesuatu motif yang menarik. Terdapat lima motif yang biasa dilihat pada kayu iaitu flora, fauna, kos...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Haifat Abdul Hamid
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4039/1/SITI%20NOR%20HAIFAT%20ABDUL%20HAMID.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4039/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ukiran kayu adalah salah satu hasil seni rupa tradisi Melayu yang sekian lama di gunakan oleh masyarakat terdahulu. Ukiran kayu adalah satu seni yang mengorek permukaan kayu atau bongkah kayu menjadi sesuatu motif yang menarik. Terdapat lima motif yang biasa dilihat pada kayu iaitu flora, fauna, kosmos, geometri dan tulisan khat. Proses mengukir adalah satu ilham yang dikeluarkan oleh pengukir kepada satu jisim yang nyata. Ukiran ini berbentuk abstrak atau simbolik seperti daun atau bunga flora yang diukir secara tebuk tembus atau tebuk timbul. Bentuk yang diukir biasanya tidak menyerupai flora secara langsung tetapi diukir secara bentuk simbolik agar menyerupai objek berkenaan. Pengolahan seni ukir ini adalah satu seni pertukangan yang wujud sebelum abad ke 16 di Semenanjung Malaysia. Seni ukir ini diekspirasi oleh kecintaan kepada keindahan terhadap kesenian. Keindahan terlahir dari kejujuran seni yang memerlukan kesabaran dan ketahanan yang kuat untuk meghasilkan sesuatu yang indah da menarik minat audien apabila melihatnya. Seni ukir kayu ini telah lama bertapak di persada seni Warisan Melayu yang tinggi nilai peradabannya. Kebanyakan seni ukiran di Kelantan dan Terengganu menggunakan motif tumbuhan kesan pengaruh kerajaan Langkasuka, manakala seni ukiran Perak, Negeri Sembilan dan Melaka banyak dipengaruhi oleh seni ukiran daripada Jawa dan Cina di mana motif haiwan dan dewa lebih banyak digunakan. Terdapat pelbagai corak yang digunakan didalam penghasilan ukiran kayu. Corak ukiran yang digunakan oleh pengukir ialah Awan Larat, Corak Bujang dan banyak lagi. Selain daripada corak tersebut. Pengukir juga menggunakan motif flora dan fauna, kaligrafi, geometri dan arabik. Ukiran-ukiran pada mimbar ini menunjukkan kepekaan dan kehalusan kerja tangan masyarakat melayu bagi menyampaikan sesuatu nasihat disebalik mimbar masjid. Ukiran kayu dapat mempertahankan kesenian Islam melayu dari terus kepupusan teknologi yang berkembang.