Eksplorasi Depresi Manusia Sebagai Subjek Utama Kajian Dalam Penghasilan Karya Menggunakan Arang Bersifat Ekspresif.
Depresi boleh berlaku dalam pelbagai situasi kerana terdapatnya banyak masalah dan ujian dihadapi oleh seseorang atau disebabkan oleh perubahan sosial budaya yang berlaku dalam kehidupan harian. Ia tidak dapat dinafikan perubahan gaya hidup yang perlu diubah daripada kebiasaannya akan memberi kesan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4026/1/NURUL%20JANNAH%20MUIN%20%40%20ZAKARIA.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4026/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Depresi boleh berlaku dalam pelbagai situasi kerana terdapatnya banyak masalah dan ujian dihadapi oleh seseorang atau disebabkan oleh perubahan sosial budaya yang berlaku dalam kehidupan harian. Ia tidak dapat dinafikan perubahan gaya hidup yang perlu diubah daripada kebiasaannya akan memberi kesan positif dan negatif terhadap diri seseorang. Kesan negatif perlu dihindari kerana ia akan membawa perubahan besar dan sangat ketara dalam kehidupan kerana akan menjejaskan ketidakstabilan hidup. Jika seseorang tidak mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat menyebabkan individu tersebut akan mengalami gejala-gejala atau ciri-ciri penyakit depresi. Kajian ini dijalankan untuk memberi kefahaman kepada pembaca supaya lebih memahami berkaitan tentang isu depresi, jenis-jenis depresi, gejala depresi dan menyelitkan sifat kesedaran kepada pembaca untuk memberi sokongan yang sewajarnya kepada mereka yang menghidapi penyakit depresi. Melihat kepada fanomena yang terjadi, terdapat suatu pemikiran pengkaji akan menerapkan isu depresi dalam bentuk karya seni dan mengaplikasikan secara visual ciri-ciri penyakit depresi ke atas karya sebagai subjek utama kajian. |
---|