Kajian Motif Batik Kelantan Dan Eksplorasi Ilusi Ruang Dalam Penghasilan Karya Catan.

Bagi kajian penyelidikan saya kali ini adalah Kajian Motif Batik dan Eksplorasi Ilusi Ruang dalam Penghasilan Karya Catan. Bagi kajian ini, saya melakukan kajian berkenaan Motif Batik untuk diterapkan kedalam karya saya sebagai subjek utama dalam karya catan. Kajian ini dihasilkan adalah untuk mengg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Laila Liyana Yusoff
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4005/1/NUR%20LAILA%20LIYANA%20YUSOFF.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4005/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi kajian penyelidikan saya kali ini adalah Kajian Motif Batik dan Eksplorasi Ilusi Ruang dalam Penghasilan Karya Catan. Bagi kajian ini, saya melakukan kajian berkenaan Motif Batik untuk diterapkan kedalam karya saya sebagai subjek utama dalam karya catan. Kajian ini dihasilkan adalah untuk menggabungkan diantara motif batik serta ilusi ruang di dalam karya. Oleh itu, saya telah merujuk beberapa pengkarya atau artis – artis seni catan serta artis batik catan bagi menyempurnakan lagi kajian bagi menghasilkan karya Catan dengan baik. Batik merupakan satu seni yang muncul pada abad ke -15 lagi. Kemunculan batik ini telah terkenal dan diwujudkan di negeri Kelantan pada seawal tahun 1920 an. Penghasilan seni batik kemudian mendapat sambutan dan diiktiraf sebagai salah satu kraf tangan tempatan dan ini diiktiraf oleh Majlis Kraf Dunia-Asia. Kemunculan pelbagai aliran seni telah menjadikan masyarakat terutama golongan seni di Malaysia berkembang dalam dunia seninya, Oleh itu, tidak hairanlah di Malaysia telah muncul golongan – golongan karyawan dan pelukis yang lebih kreatif dalam penghasilan karya. Penghasilan seni batik kini telah berkembang maju, jika dahulu motif batik atau batik itu sendiri dilukis diatas permukaan kain menggunakan lilin bagi tujuan digayakan oleh golongan wanita. Namun kini, batik juga telah diolah dan menjadikan ia sebagai satu seni yang kontemporari dimana ia juga dihasilkan bagi bertujuan hiasan atau pameran. Batik bukan sahaja dihasilkan ditas kain dan kanvas, malah ia juga dilukis di atas kertas. Jika dilihat, kini terdapat pelbagai karya yang dihasilkan oleh pengkarya seni dengan menggunakan motif batik itu sendiri dalam lukisan. Hal ini kerana, motif batik itu membawa pengaruh yang tersendiri, selain daripada corak yang berunsurkan fauna, ia juga menerapkan unsur kesenian di dalamnya dan sudah tentu setiap corak mewakili pada makna – makna tersendiri. Batik merupakan kata pinjaman dari Jawa, Indonesia iaitu ‘amba dan titik’. ‘Amba’ merujuk sebagai tulis, manakala ‘titik’ pula bermaksud membawa titik. Batik merupakan teknik dimana lukisan itu dilukis keatas kain. Lukisan yang dihasilkan adalah sangat unik dan terang. Batik merupakan satu teknik untuk menghiasi kain dengan rekaan corak yang tersendiri dan setiap lakaran itu mempunyai pengaruh fauna yang mana mempunyai maksud yang tersendiri. Batik juga mempunyai teknik yang tersendiri, dimana lakaran corak yang dihiasi di atas permukaan kain itu dilakar menggunakan titisan lilin. Hal ini adalah bertujuan untuk menghalang warna pada permukaan corak itu menembusi pada corak yang lain. Kajian penyelidikan kali ini melibatkan kajian motif batik Kelantan dan eksplorasi ilusi ruang dalam penghasilan karya catan.