Kajian Rekabentuk Rak Kasut Multifungsi Di Surau UMK Menggunakan Sisa Kayu Di Industri

Rak kasut merupakan sebuah perabot yang perlu ada di setiap rumah ibadat. Tujuan perlunya perabot ini disediakan untuk memudahkan pengguna menyimpan kasut dan untuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan kasut, kasut berselerak dan kasut menjadi kotor. Selain itu, tempat duduk turut perlu disedia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Fadhila Ibrahim
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3996/1/Nur%20Fadhila%20Binti%20Ibrahim.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3996/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rak kasut merupakan sebuah perabot yang perlu ada di setiap rumah ibadat. Tujuan perlunya perabot ini disediakan untuk memudahkan pengguna menyimpan kasut dan untuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan kasut, kasut berselerak dan kasut menjadi kotor. Selain itu, tempat duduk turut perlu disediakan di rumah ibadat untuk keselesaan pengguna. Rekabentuk rak kasut sedia di surau Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak memenuhi keselesaan pengguna. Ia berkaitan dari aspek ruangan tempat meletakkan kasut dan ketiadaan ruangan tempat duduk untuk pengguna gunakan apabila ingin memakai kasut. Objektif kajian ini ialah mengkaji rekabentuk rak kasut di surau sekitar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kemudian pengkaji juga mengenalpasti masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut yang dihadapi oleh pengguna di surau UMK. Seterusnya pengkaji dapat merekabentuk rak kasut multifungsi, di mana rak kasut tersebut boleh menyimpan kasut dan boleh duduk dalam masa yang sama untuk diletakkan di surau UMK. Data primer dan data sekunder telah digunakan dalam metodologi kajian ini untuk mengumpul data-data penting. Berdasarkan peratusan, sebanyak 96% responden mengalami masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut dan sebanyak 90% responden mengalami masalah ketidakselesaan ketika memakai kasut kerana tiada penyediaan ruangan duduk. Kesimpulannya, rekabentuk rak kasut baharu ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna di surau UMK.