Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Keistimewaan Pura Tanjung Sabtu, Terengganu.

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Keistimewaan Pura Tanjung Sabtu, Terengganu”. Pura Tanjung Sabtu adalah peninggalan warisan kesultanan Melayu zaman silam di negeri Terengganu. Peninggalan ini terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Tereng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Azyyate Baharudin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3995/1/Nur%20Azyyate%20Baharudin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3995/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Keistimewaan Pura Tanjung Sabtu, Terengganu”. Pura Tanjung Sabtu adalah peninggalan warisan kesultanan Melayu zaman silam di negeri Terengganu. Peninggalan ini terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Terengganu. Lokasi ini terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu. Pura pada nama tersebut diambil daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud istana, kuil atau bandar manakala Tanjung Sabtu pula diambil daripada nama sebuah kampung yang ada di situ. Pengkaji menyasarkan Pura Tanjung Sabtu kerana peninggalan ini terbiar begitu sahaja. Hal ini terjadi kerana kurangnya promosi untuk bangunan Pura Tanjung Sabtu. Selain itu, tahap kesedaran masyarakat dalam usaha untuk pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan. Menurut Yuzana Muhammad (2019), dalam kalangan masyarakat, kesedaran masyarakat tentang pentingnya memelihara dan menjaga peninggalan warisan masih berada di tahap yang rendah. Objektif kajian bagi projek penyelidikan ini adalah mengetahui sejarah kewujudan Pura Tanjung Sabtu. Seterusnya, untuk mengetahui persepsi masyarakat tentang keistimewaan Pura Tanjung Sabtu. Akhir sekali, untuk mengenalpasti potensi Pura Tanjung Sabtu sebagai aset pelancongan warisan. Kaedah temubual digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal sehingga akhir. Kajian ini akan memberikan kepentingan nilai warisan kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Hal ini sekaligus dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi akan datang.