Pemetaan Terhadap Masjid Lama di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara.

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pemetaan Terhadap Masjid Lama Di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Sejarah ini adalah sebuah sejarah yang sangat unik tetapi tidak diketahui orang ramai meskipun terdapat banyak bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norlaila Mat Yusof
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3986/1/Norlaila%20Mat%20Yusof.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3986/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pemetaan Terhadap Masjid Lama Di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Sejarah ini adalah sebuah sejarah yang sangat unik tetapi tidak diketahui orang ramai meskipun terdapat banyak bukti-bukti dan kajian yang menunjukkan kedatangan Islam ke negeri Pahang adalah lebih awal daripada kedatangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Islam ke negeri ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat negeri Pahang. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid-masjid lama di negeri Pahang kerana usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan dengan hal-hal berkenaan agama Islam di negeri Pahang masih kurang mendapat sambutan dan tidak begitu mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini telah menyebabkan berlakunya permasalahan seperti tiadanya data atau sebuah senarai rasmi yang boleh menyatakan kewujudan dan jumlah masjid-masjid lama yang terdapat di negeri pahang. Justeru, masalah ketiadaan maklumat penting ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan data tepat mengenai masjid-masjid lama yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengenal pasti senarai masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang serta mengkaji mengenai pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Objektif pengkaji juga adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan masyarakat setempat terhadap usaha-usaha pemuliharaan masjid-masjid lama di negeri Pahang. Kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan kaedah temubual akan dipraktikkan dalam menjalankan kajian penyelidikan ini. Lapan orang responden telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama. Kajian penyelidikan yang dijalankan juga telah berjaya mengetengahkan beberapa cadangan kajian lanjutan yang sesuai dilakukan oleh pengkaji akan datang. Kajian penyelidikan ini mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara.