Transkripsi Analisis Pemikiran Shahnon Ahmad Dalam Novel Sampah Dengan Mengaplikasikan Teori Spb4k.

Menurut Mohd Yusof Hassan (2007:1) menjelaskan bahawa akal adalah bentuk fizikal, manakala minda pula adalah proses penggunaan akal atau pemikiran. Oleh hal yang demikian tercetuslah persoalan mengapa manusia pada hari ini masih tidak dapat membeza antara perkara yang baik dan buruk. Adakah perbezaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Amira Samsudin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3974/1/Noor%20Amira%20Samsudin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3974/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menurut Mohd Yusof Hassan (2007:1) menjelaskan bahawa akal adalah bentuk fizikal, manakala minda pula adalah proses penggunaan akal atau pemikiran. Oleh hal yang demikian tercetuslah persoalan mengapa manusia pada hari ini masih tidak dapat membeza antara perkara yang baik dan buruk. Adakah perbezaan darjat seseorang yang miskin ini tidak layak diberikan layanan yang baik oleh semua lapisan masyarakat. Lantaran itu kajian ini bermatlamatkan kepada mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya. Selain itu, kajian ini juga ingin memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah dan yang terakhir menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kualititatif dan mengaplikasikan teori SPB4K sebagai tunjang utama bagi mengupas pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran kerohanian sangat penting dalam kehidupan manusia bagi melahirkan manusia yang tahu menilai erti kekayaan sebenar dalam kehidupan dan tidak membezakan manusia kerana kedudukan seseorang. Secara konklusinya, daripada kerja penyelidikan ini saya telah mendapati bahawa nilai kekayaan seseorang manusia yang miskin adalah nilai ketenangan dan ketenteraman yang mereka miliki serta corak pemikiran kerohanian mereka yang hebat.