Teguran Masyarakat Melayu Dalam Koleksi Seloka Terpilih. Satu Analisis Model Smcr Oleh Wilbur Schramm.

Harun Mat Piah (1989:122) menyatakan bahawa perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “shloka” yang membawa kepada maksud sebuah puisi yang terdiri daripada dua baris. Manakala Zainal Abidin bin Ahmad (1976) berpendapat seloka ialah sebuah puisi karangan berangkap di mana setiap hujung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Ridzuan Mohd Ahdil
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3963/1/MUHAMMAD%20RIDZUAN%20MOHD%20AHDIL.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3963/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Harun Mat Piah (1989:122) menyatakan bahawa perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “shloka” yang membawa kepada maksud sebuah puisi yang terdiri daripada dua baris. Manakala Zainal Abidin bin Ahmad (1976) berpendapat seloka ialah sebuah puisi karangan berangkap di mana setiap hujung atau rimanya tidak tetap dan mempunyai pertentangan. Kebanyakkan karya seloka berunsurkan jenaka, sindiran dan kritikan kepada tingkah laku dan keperibadian masyarakat Melayu pada ketika itu. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan teguran masyarakat Melayu dalam koleksi seloka dengan mengaplikasikan Model SMCR oleh Wilbur Schramm. Kajian ini juga menggunakan kaedah kepustakaan di mana bahanbahan bertulis dan bercetak seperti artikel, jurnal, buku dijadikan bahan rujukan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan membincangkan tentang teguran masyarakat Melayu yang terdapat di dalam seloka terpilih. Hasil kajian mendapati setiap teguran yang disampaikan merupakan kepincangan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. Penyampaian teguran secara berlapik dan berkias dengan menggunakan nada bergurau mampu memberikan kesan penegasan dalam setiap jiwa masyarakat Melayu yang mendengarnya.