Keistimewaan Rumah Tradisional Tiang 12 Yang Wajar Dipelihara Sebagai Warisan Nusantara Yang Berharga

Rumah Meleh yang mempunyai 12 batang tiang ini merupakan satu perkara yang sudah diketahui umum tentang kewujudannya kerana ia merupakan antara rumah tradisional yang menjadi simbol kepada senibina Nusantara yang terdapat di Kelantan. Pada masa yang sama, rumah tersebut juga boleh dijumpai di negeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nasir, Nur Nusaibah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3942/1/C18A0610_NUR%20NUSAIBAH%20BINTI%20MOHD%20NASIR%20PP2.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3942/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rumah Meleh yang mempunyai 12 batang tiang ini merupakan satu perkara yang sudah diketahui umum tentang kewujudannya kerana ia merupakan antara rumah tradisional yang menjadi simbol kepada senibina Nusantara yang terdapat di Kelantan. Pada masa yang sama, rumah tersebut juga boleh dijumpai di negeri Terengganu yang terletak berdekatan dengan negeri Kelantan. Pembinaan rumah ini merupakan satu perkara yang unik di mana ia bukan sahaja terdapat di Malaysia, tetapi rekaan senibinanya juga turut dikongsi dengan negeri Melayu Patani. Biarpun ia merupakan suatu senibina istimewa yang menghubungkan pelbagai pihak,namun masyarakat masa kini dilihat kurang memberi perhatian dan tidak peka terhadap kewujudan senibina bernilai seumpama ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan rumah tradisional tersebut di samping untuk mengetahui tentang keistimewaan yang terdapat padanya. Dalam pada itu, pengkaji akan mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keaslian Rumah Tiang 12 berdasarkan kepada situasi rumah yang telah dilihat sewaktu proses pemerhatian. Bagi menjalankan kajian, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, temu ramah serta menganalisis dokumen yang diperoleh bagi melengkapkan perjalanan kajian. Kata Kunci: keistimewaan, seni bina, rumah tradisional, rumah Meleh Tiang 12, warisan Nusantara