Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara.

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Dato’ Haji Ahmad Maher merupakan bekas Mufti ke-7 Kelantan yang memegang jawatan pada tahun 1945 hingga 1968. Bekas rumah mufti ini dibina selep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Rahimi Akmal Mat Hassan
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3935/1/MOHAMAD%20RAHIMI%20AKMAL%20MAT%20HASSAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3935/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Dato’ Haji Ahmad Maher merupakan bekas Mufti ke-7 Kelantan yang memegang jawatan pada tahun 1945 hingga 1968. Bekas rumah mufti ini dibina selepas era Kolonial British di Tanah Melayu dan lokasinya adalah bertempat di Kampung Wakaf Bharu, Kota Bharu. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan kerana tarikah gabungan pengaruh seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pengaruh seni bina terdahulu, malangnya ada sebilangan daripada mereka memandang enteng akan kepentingan nilai estetikanya sehinggakan rumah Dato’ Haji Ahmad Maher ini menjadi antara warisan ketara yang berada dalam keadaan terbiar dan terpinggir dari pembangunan pesat bandar Kota Bharu. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah rumah Dato’ Haji Ahmad Maher secara sahih selain mengkaji keistimewaan pengaruh seni bina padanya. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan cadangan yang mampu memelihara nilai estetika warisan rumah tersebut. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan rumah Dato Haji Ahmad Maher kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat.