Unsur-Unsur Metafora Dalam Jangan Bunuh Rama-Rama Karya Noordin Hassan: Aplikasi Teori Stilistik

Penyelidikan ini mengenai Unsur-Unsur Metafora Dalam Jangan Bunuh Rama-Rama Karya Noordin Hassan: Aplikasi Teori Stilistik. Unsur-unsur metafora ialah merupakan satu gaya bahasa yang terdapat di dalam penggunaan bahasa dalam menghasilkan satu karya sastera supaya karya yang dihasilkan lebih bernilai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khir Johari, Suhaiza
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3925/1/SUHAIZA%20BINTI%20KHIR%20JOHARI%20C18A0431.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3925/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini mengenai Unsur-Unsur Metafora Dalam Jangan Bunuh Rama-Rama Karya Noordin Hassan: Aplikasi Teori Stilistik. Unsur-unsur metafora ialah merupakan satu gaya bahasa yang terdapat di dalam penggunaan bahasa dalam menghasilkan satu karya sastera supaya karya yang dihasilkan lebih bernilai dan mempunyai unsur keindahan dengan penggunaan bahasa yang berunsurkan metafora. Terdapat beberapa objektif kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini seperti apakah unsur-unsur metafora yang terdapat di dalam Jangan Bunuh Rama-Rama dan juga bagaimanakah unsur-unsur metafora di dalam Jangan Bunuh Rama-Rama memberi kesan terhadap penghasilan drama tersebut. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualiatif dengan menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data seperti kaedah melalui rujukan teks dan dokumen serta sumber daripada internet. Di dalam kajian ini juga menggunakan pendekatan Teori Stilistik. Kajian ini memfokuskan kepada unsur metafora dan juga kesan unsur metafora yang digunakan di dalam karya Jangan Bunuh Rama-Rama. Hasil kajian menunjukkan bahawa unsur-unsur metafora yang diterapkan ke dalam hasil karya dapat memberi kesan yang positif dan juga kebaikan kepada karya tersebut dan sekaligus memberi kesan yang baik juga kepada khalayak. Kata kunci: Metafora Jangan Bunuh Rama-Rama, Nordin Hassan, Teori Stilistik, Karya Sastera