Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Dalam Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Yang Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat”. Jalan Sultan yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini telah diberikan nama oleh Sultan Abdul Samad pada tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hajar Binti Mohamat Tahir
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3772/1/SITI%20HAJAR%20BINTI%20MOHAMAT%20TAHIR.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3772/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Yang Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat”. Jalan Sultan yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini telah diberikan nama oleh Sultan Abdul Samad pada tahun 1804-1898. Jalan ini muncul pada peta pada tahun 1899, dan diberi nama seperti di bukit di belakang jalan ini yang ditetapkan sebagai tempat untuk istana Sultan Kuala Lumpur. Bangunan rumah kedai yang terdapat pada kawasan bandar Kuala Lumpur ini haruslah dipelihara dan dikekalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bangunan rumah kedai tersebut telah diancam kemusnahan di atas faktor pembangunan atau pembinaan MRT, jalan raya dan sebagainya yang dilakukan berdekatan dengan kawasan bangunan rumah kedai tersebut. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah dan perkembangan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui kesan pemeliharaan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur dan mengenalpasti cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dalam memelihara bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data sekaligus dapat menyempurnakan kajian projek penyelidikan ini dari fasa awal sehingga akhir. Terdapat 11 orang responden yang terdiri daripada orang awam, Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Penolong Konservator bahagian Konservasi Warisan Jabatan Warisan Negara yang telah ditemubual oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat bagi menghasilkan kajian Projek Penyelidikan ini. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan bangunan rumah kedai di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dapat menyumbang kepada ekenomi masyarakat setempat di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.