Unsur Budaya Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Cerita rakyat adalah sebahagian daripada naratif lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Cerita rakyat sememangnya memaparkan banyak nilai murni yang memberikan teladan kepada masyarakat. Namun unsur budaya juga perlu diberi perhatian kerana ia turut menyumbang kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsuddin, Maizatul Akma
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3769/1/MAIZATUL%20AKMA%20BINTI%20SHAMSUDDIN%20%28C18A0569%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3769/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerita rakyat adalah sebahagian daripada naratif lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Cerita rakyat sememangnya memaparkan banyak nilai murni yang memberikan teladan kepada masyarakat. Namun unsur budaya juga perlu diberi perhatian kerana ia turut menyumbang kepada perkembangan jati diri individu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis unsur budaya dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini membataskan kepada 20 buah cerita rakyat yang dipilih daripada cerita tokoh dan cerita binatang menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Sepanjang proses pengkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral, pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis kajian. Dapatan kajian membuktikan bahawa cerita rakyat yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memberi pengajaran dan membentuk keperibadian masyarakat sehingga menghasilkan jati diri yang cemerlang. Kata kunci: Cerita Rakyat, Unsur Budaya, Teori Pengkaedahan Melayu, Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan.