Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menjelaskan dan menganalisis tentang Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis sec...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidi, Siti Noraini
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3767/1/SITI%20NORAINI%20BINTI%20SAIDI%20C18A0406.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3767/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menjelaskan dan menganalisis tentang Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga adalah berdasarkan mantera yang dipetik daripada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud (2001). Asas dan dasar kajian ini dianalisis melalui tiga prinsip dalam teori Semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, ternyata terdapat pelbagai jenis mantera yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional pada ketika dahulu. Selain itu, setiap jenis mantera yang wujud terdapat fungsinya tertentu yang menjadikan mantera tersebut berkesan apabila digunakan pada situasi yang betul. Disamping itu juga, dalam mantera terdapat beberapa simbol yang menjadikan mantera itu lengkap dan mempunyai maksud yang tersendiri dengan ditandai oleh beberapa lambang. Penerimaan mantera dalam masyarakat melayu adalah melalui faktor corak pemikiran masyarakat yang percaya kepada sesuatu yang ghaib. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas dalam memahami penjenisan, fungsi dan lambang yang menjadikan sesebuah mantera itu hidup sehingga ianya menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kata Kunci: Teori Semiotik, Mantera, Fungsi