Transkrip Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-nilai Murni

Puisi terkandung dalam genre sastera yang membantu membentuk akhlak dan pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Kajian ini direka untuk mengisi kekosongan dalam kajian lepas yang belum dijalankan mengenai nilai-nilai murni dalam transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu. Kajian ini bertuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Putri Nur-Anis Balqis Binti Yazik
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3761/1/PUTRI%20NUR-ANIS%20BALQIS%20BINTI%20YAZIK%20.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3761/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Puisi terkandung dalam genre sastera yang membantu membentuk akhlak dan pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Kajian ini direka untuk mengisi kekosongan dalam kajian lepas yang belum dijalankan mengenai nilai-nilai murni dalam transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam puisi Melayu melalui transkripsi daripada cerita rakyat Melayu berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji membataskan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan yang ditulis oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Teks ini dipilih kerana mengandungi pelbagai nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat terpilih untuk mengawal tingkah laku dan pertuturan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepustakaan dan rujukan teks serta dokumen. Seterusnya, pengkaji mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu memberi impak yang besar kepada pembentukan budaya masyarakat Melayu yang boleh mengubah tingkah laku dan pertuturan serta membentuk serta menjana modal insan yang berjiwa murni.