Kajian Terhadap Pemeliharaan Permainan Tradisional Gasing Pangkah Di Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.

Permainan tradisional Gasing Pangkah mempunyai keunikan dan unsur kebudayaan yang tersendiri. Bagi sesebuah masyarakat, permainan tradisional dapat mempengaruhi perkembangan diri seseorang kerana ia meliputi perkembangan jiwa, sifat dan kebudayaan hidup sosial anak muda pada masa akan datang. Bagaim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman Ruknan, Mohamad Amirul Aiman
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3758/1/MOHAMAD%20AMIRUL%20AIMAN%20BIN%20OTHMAN%20RUKNAN%20%28C18A0100%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3758/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permainan tradisional Gasing Pangkah mempunyai keunikan dan unsur kebudayaan yang tersendiri. Bagi sesebuah masyarakat, permainan tradisional dapat mempengaruhi perkembangan diri seseorang kerana ia meliputi perkembangan jiwa, sifat dan kebudayaan hidup sosial anak muda pada masa akan datang. Bagaimanapun, permainan tradisional Gasing Pangkah ini kurang didedahkan kepada golongan remaja lebih – lebih lagi kanak-kanak. Malah, terdapat juga segelintir golongan remaja yang tidak tahu tentang permainan tersebut. Justeru, dengan mengangkat kembali permainan tradisional Gasing Pangkah ini, berkemungkinan akan dapat menaikkan kembali minat semua golongan tidak kira tua, remaja atau kanak – kanak untuk bermain permainan tradisional berbanding permainan digital. Di dalam kajian ini, terdapat tiga objektif yang pengkaji nyatakan iaitu mengkaji jenis, peralatan dan bahan yang digunakan untuk penghasilan gasing yang terdapat di Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan, mengenalpasti teknik dan cara – cara untuk bermain permainan Gasing Pangkah dengan betul dan mengenalpasti nilai kepentingan permainan tradisional Gasing Pangkah terhadap masyarakat di Mukim Sungai Pinang, Tumpat. Kesimpulannya, dengan mengangkat kembali medium permainan tradisional Gasing Pangkah ini berharap dapat membantu meningkatkan minat semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda untuk bermain permainan tradisional dan berharap permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang kerana segala warisan yang telah diciptakan atau dihasilkan oleh nenek moyang kita terus dijaga sehingga dapat dikenali oleh semua anak cucu yang akan datang.