Tarian Tradisional Negeri Pahang: Zapin Raub

Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang terdapat gerakan tubuh badan dan mempunyai unsur-unsur kelembutan dan keindahan. Di Negeri Pahang terdapat seni persembahan tradisional yang dikenali sebagai Tarian Zapin Raub. Tarian Zapin Raub ini memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Hanani Binti Al-Amir Mahmud Khalil
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3752/1/NURUL%20HANANI%20BINTI%20AL-AMIR%20MAHMUD%20KHALIL.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3752/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang terdapat gerakan tubuh badan dan mempunyai unsur-unsur kelembutan dan keindahan. Di Negeri Pahang terdapat seni persembahan tradisional yang dikenali sebagai Tarian Zapin Raub. Tarian Zapin Raub ini memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat Pahang pada zaman dahulu dan telah diadaptasi menjadi sebuah bentuk tarian. Permasalahan wujud apabila masyarakat kini kurang mengenali tarian ini. Hal ini menyebabkan warisan budaya ini hampir mengalami kepupusan oleh kerana kekurangan pelapis atau perintis. Selain itu, ketiadaan perekodan secara bertulis berkaitan Zapin Raub ini menyukarkan generasi masa kini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesenian kebudayaan ini. Terdapat tiga objektif untuk kajian ini iaitu, mengenalpasti sejarah dan asal usul tarian Zapin Raub, menganalisis perbezaan di antara Zapin Johor dan Zapin Raub dan mengkaji keistimewaan gerak seni tari di dalam tarian Zapin Raub. Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk kajian ini adalah secara premier dan sekunder. Pengkaji berharap tarian Zapin Raub ini boleh diperkembangkan dan diteruskan oleh generasi yang akan datang bagi mengelakkan tarian ini pupus di telan zaman.