Komuniti Sebagai Pelestari Warisan Kebudayaan Rebana Kercing Di Kampong Laut, Tumpat, Kelantan.

Kajian ini membincangkan mengenai peranan komuniti dalam melestarikan warisan kebudayaan Rebana Kercing di Tumpat, Kelantan. Penglibatan komuniti sebagai pelestari warisan kebudayaan Rebana Kercing ini masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan akibat daripada permasalahan yang wujud seperti pih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nursyahirah Binti Md Nasir
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3746/1/NURSYAHIRAH%20BINTI%20MD%20NASIR%20C18A0336.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3746/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai peranan komuniti dalam melestarikan warisan kebudayaan Rebana Kercing di Tumpat, Kelantan. Penglibatan komuniti sebagai pelestari warisan kebudayaan Rebana Kercing ini masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan akibat daripada permasalahan yang wujud seperti pihak komuniti kurang mempunyai pemahaman serta pengetahuan tentang kehebatan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Dalam usaha untuk menangani masalah yang dihadapi ini, beberapa pihak yang bertanggungjawab dan pihak komuniti perlu mengambil pelbagai inisiatif dalam menangani masalah sebegini. Penyelidikan ini turut memberikan fokus kepada setiap objektif yang dikemukakan dimana merangkumi sejarah warisan kebudayaan Rebana Kercing di Kampong Laut, tahap pemahaman komuniti terhadap warisan kebudayaan Rebana Kercing dan juga kaedah yang dilaksanakan bagi memelihara dan mengekalkan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Kajian penyelidikan ini juga berpandukan kepada teori identiti sosial dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Pensampelan bebola salji digunakan bagi kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa informan yang terdiri daripada penduduk di Kampong Laut. Selain itu, pensampelan secara rawak mudah digunakan bagi kaedah kuantitatif dimana borang soal selidik diedarkan kepada dua ratus lima puluh lima orang responden yang dipilih secara rawak. Kesimpulannya, diharapkan penyelidikan ini dapat menjadi rujukan dan juga ilmu kepada masyarakat tentang kepentingan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini.