Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu”. Bangunan kota lama duyung ini telah dibina pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 yang merupakan pemilik bangunan ini adalah Dato’Biji Sura atau Nik Muhamad bin Hitam. Lokasi pembinaan bangun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurl Nabilah Binti Shafee
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3745/1/NURUL%20NABILAH%20BINTI%20SHAFEE.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3745/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu”. Bangunan kota lama duyung ini telah dibina pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 yang merupakan pemilik bangunan ini adalah Dato’Biji Sura atau Nik Muhamad bin Hitam. Lokasi pembinaan bangunan ini di kampung pulau duyung di Kuala Terengganu. Pengkaji membuat kajian terhadap bangunan kota lama duyung ini kerana mempunyai pelbagai keunikan terhadap seni bina pada bangunan ini yang perlu dipulihara. Walaupun bangunan ini mempunyai pelbagai reka bentuk seni bina dan sejarah tetapi masyarakat disekeliling masih tidak menyedari bahawa berharganya warisan yang terdapat pada bangunan kota lama duyung ini. Objektif pengkaji adalah ingin mengetahui sejarah yang terdapat pada bangunan kota lama duyung secara mendalam. Selain itu, mengenalpasti senibina yang perlu dipulihara pada bangunan kota lama duyung ini. Kaedah pemerhatian dan temubual telah dijalankan dalam projek penyelidikan ini bagi menyelesaikan proses penyelidikan ini dari awal hingga akhir. Akhir sekali, kajian ini juga akan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk pemuliharaan bangunan kota lama duyung ini.