Pelestarian Warisan Mek Mulung Di Negeri Kedah Dalam Konteks Sosiobudaya

Penyelidikan ini berkaitan dengan pelestarian warisan Mek Mulung di Negeri Kedah dalam konteks sosiobudaya. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan Mek Mulung di Negeri Kedah disamping mengkaji konteks sosiobudaya yang terdapat dalam warisan Mek Mulung di K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfarhana Idahyu Binti Jaafar
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3743/1/NURFARHANA%20IDAHYU%20BINTI%20JAAFAR.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3743/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini berkaitan dengan pelestarian warisan Mek Mulung di Negeri Kedah dalam konteks sosiobudaya. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan Mek Mulung di Negeri Kedah disamping mengkaji konteks sosiobudaya yang terdapat dalam warisan Mek Mulung di Kedah. Antara konteks sosiobudaya yang terdapat dalam Mek Mulung adalah dialek, jalan cerita dan adat-adat dalam persembahan Mek Mulung yang harus dilestarikan dan dipraktikkan kepada generasi seterusnya. Di samping itu, kajian ini juga akan menghuraikan langkahlangkah yang dilakukan dalam usaha melestarikan warisan Mek Mulung di Negeri Kedah yang melibatkan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) cawangan Kedah, AKRAB, ASWARA dan lain-lain. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti temubual, kaedah pemerhatian, kajian kepustakaan dan laman sesawang serta penyelidikan secara etnografi. Data yang diperolehi oleh pengkaji membolehkan pengkaj menganalisis data dengan lebih mendalam berkaitan persembahan Mek Mulung. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberi cadangan dan saranan kepada pihak yang bertanggungjawab termasuklah individu dan masyarakat supaya warisan Mek Mulung akan dapat dipromosikan dan dilestarikan di Negeri Kedah serta kekal sehingga generasi akan datang.