Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara”. Demang Abdul Ghani merupakan seorang penghulu dikawasan Merlimau pada tahun 1850. Rumah ini didirikan pada 1894. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan keran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syafiqah Binti Nor Huzaimi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3739/1/NUR%20SYAFIQAH%20BINTI%20NOR%20HUZAIMI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3739/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara”. Demang Abdul Ghani merupakan seorang penghulu dikawasan Merlimau pada tahun 1850. Rumah ini didirikan pada 1894. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan kerana gabungan pengaruh seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pengaruh seni bina terdahulu, malangnya ada sebilangan daripada mereka memandang enteng akan kepentingan nilai estetikanya sehinggakan rumah ini menjadi antara warisan ketara yang berada dalam keadaan terbiar sebelum diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk dipulihara dan dipelihara. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah rumah Demang Abdul Ghani secara sahih selain mengkaji keistimewaan pengaruh seni bina padanya. Objektif pengkaji juga ini menerangkan kaedah konservasi yang telah digunakan untuk membaikpulih rumah Demang Abdul Ghani. Kaedah pemerhatian dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang.