Kajian Mengenai Peranan Hari Mantai Di Kalangan Masyarakat Melayu Negeri Sembilan
Hari Mantai merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, dan ia masih diamalkan sehingga kini. Hari Mantai dikaitkan dengan tradisi orang ramai berkumpul untuk menyembelih ternakan sebelum menyambut ketibaan bulan puasa Ramadan dan Aidilfitri. Walaubagaimanapun, amalan tradisional...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3731/1/NUR%20IFFAH%20MUSFIRAH%20BINTI%20OSMAN.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3731/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hari Mantai merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, dan ia masih diamalkan sehingga kini. Hari Mantai dikaitkan dengan tradisi orang ramai berkumpul untuk menyembelih ternakan sebelum menyambut ketibaan bulan puasa Ramadan dan Aidilfitri. Walaubagaimanapun, amalan tradisional itu kurang diamalkan pada masa kini, dan generasi muda jarang terlibat dalam proses itu kerana kurang pendedahan mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan Hari Mantai terhadap masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Terdapat tiga objektif utama kajian ini: untuk mengenal pasti amalan yang berlaku semasa Hari Mantai, mengkaji peranan Hari Mantai berdasarkan prespektif masyarakat, dan menganalisis mekanisme yang relevan dalam memelihara dan mengekalkan Hari Mantai. Kajian ini dijalankan di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran dalam mendapatkan data. Seramai 10 orang responden telah di temu bual, manakala 97 orang responden telah diberikan soal selidik. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa Hari Mantai amat penting dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan kerana ia mengandungi nilai-nilai yang berbeza seperti nilai sosial, kebersamaan dan kepatuhan. Terdapat juga mekanisme yang relevan dalam mengekalkan Hari Mantai berdasarkan peranan yang berbeza dalam peringkat hierarki masyarakat seperti individu, komuniti, kerajaan negeri dan pelbagai institusi. Dari segi itu, kajian ini penting kerana ia memberikan pengetahuan tentang Hari Mantai dan cadangan untuk pihak berkepentingan untuk mengekalkannya pada masa hadapan. |
---|