Analisis Nilai Dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait : Peri Loka Tanah Melaka’ Karya 'Azimin Daud.

Penyelidikan dibuat agar dapat mengenal dengan terperinci serta menganalisis nilai dan pengajaran yang ada pada buku ‘Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Emy Amirah Zawawi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3725/1/Nur%20Emy%20Amirah%20Zawawi.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3725/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan dibuat agar dapat mengenal dengan terperinci serta menganalisis nilai dan pengajaran yang ada pada buku ‘Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu melalui Penddekatan Moral. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai dan pengajaran yang terkandung dalam buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ ini dapat memberi pengajaran serta pendidikan kepada seseorang individu dan komuniti masyarakat. Pendekatan moral diambil dalam Teori Pengkaedahan Melayu ini dilihat sesuai dalam merungkaikan nilai dan pengajaran yang terkandung didalamnya. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih Pendekatan Moral dalam kajian ini. Hal ini kerana teori Pengkaedahan Melayu dan Pendekatan Moral yang dipilih sangat sepadan dan menepati kesemua objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji mengkaji nilai dan pengajaran yang terdapat dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Bukan itu sahaja, pendekatan moral ini juga bertepatan dengan nilai-nilai yang baik yang terkandung dalam buku pantun berkait ini. Nilai moral adalah suatu himpunan norma dan adat yang ditularkan oleh masyarakat kepada individu dan mewakili cara bertindak yang baik atau betul. Hal ini menjelaskan bahawa nilai moral adalah nilai yang membantu kita dalam melakukan perbezaan bagi yang hak dan batil serta yang positif dan negatif. Nilai-nilai moral juga dapat dipraktikkan dalam diri seseorang individu dan masyarakat dalam kehidupan anggota masyarakat. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai dalam merungkaikan lagi nilai dan pengajaran dalam setiap pantun tradisional Melayu.