Kajian Mengenai Simbolik Masakan Minangkabau Dalam Kalangan Masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor.

Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara terperinci simbolik masakan Minangkabau di Hulu Langat. Sejak dulu hingga kini, masakan tradisional Minangkabau menjadi kebanggaan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini dijalankan di Hulu Langat, Selangor kerana majoriti penduduk di Hulu Langat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Diana Hamzah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3723/1/Nur%20Diana%20Hamzah.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3723/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara terperinci simbolik masakan Minangkabau di Hulu Langat. Sejak dulu hingga kini, masakan tradisional Minangkabau menjadi kebanggaan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini dijalankan di Hulu Langat, Selangor kerana majoriti penduduk di Hulu Langat terdiri daripada keturunan Minangkabau. Berikutan itu, masakan Padang boleh didapati dengan mudah di Hulu Langat. Namun sejak kebelakangan ini, generasi muda kurang berminat terhadap makanan tradisional ini berikutan kepelbagaian makanan moden dan kontemporari yang berada di pasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan tradisional Minangkabau, mengkaji peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat serta mengenal pasti mekanisme yang relevan dalam melestarikan makanan Minangkabau. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana sepuluh orang responden yang terdiri daripada masyarakat Minangkabau telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang masakan tradisional Minangkabau. Data yang dikumpul daripada responden dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian makanan untuk sarapan pagi, makan tengah ari dan minum petang bagi masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini menunjukkan bahawa masakan tradisional Minangkabau merupakan lambang perpaduan yang penting serta baik dalam menjaga kesihatan masyarakat Minangkabau. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa promosi melalui media sosial dan festival adalah cara yang relevan untuk mengekalkan masakan tradisional Minangkabau. Cadangan penambahbaikan cara pengawetan masakan tradisional di Malaysia telah dikemukakan kepada pengkaji, masyarakat serta agensi kerajaan untuk mengambil bahagian pada akhir kajian ini.