Peranan Pihak Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Bangunan Warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Penyelidikan ini mengenai peranan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Permasalahan yang melibatkan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina ialah pihak bertanggungjawab tidak menyelenggara bangunan warisan dengan baik kerana kurang penjagaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Afiqah Baharom
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3712/1/Nur%20Afiqah%20Baharom.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3712/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini mengenai peranan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Permasalahan yang melibatkan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina ialah pihak bertanggungjawab tidak menyelenggara bangunan warisan dengan baik kerana kurang penjagaan dari sudut pemuliharaan bangunan tersebut dan juga penglibatan komuniti terhadap proses pemuliharaan dan pemeliharaan dilihat kurang memberangsangkan. Bagi menangani masalah yang dihadapi tersebut, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebagai pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan tersebut telah melakukan pelbagai cara bagi memastikan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina terus terjamin. Di dalam penyelidikan ini juga, pengkaji telah memberi fokus kepada objektif yang melibatkan pihak bertanggungjawab, teknik pengurusan pihak bertanggungjawab dan juga penglibatan komuniti dalam pengjagaan bangunan warisan. Selain itu, didalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teori pengurusan birokrasi yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu organisasi. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah campuran didalam penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemubual pihak bertanggungjawab terhadap bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Seterusnya, pengkaji juga telah memberikan borang soal selidik kepada beberapa orang responden. Kesimpulannya, dengan adanya penyelidikan ini ianya dapat menjadi penanda aras dan kejayaan kepada bagi masa depan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu.