Adat Dan Pantang Larang Dalam Aspek Perkahwinan Masyarakat Tidung, Kajian Kes Di Kampung Kalabakan, Tawau.
Masyarakat yang hidup dalam sesebuah komuniti yang mempunyai adat dan budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi dapat dijadikan sebagai satu warisan di bawah warisan tidak ketara. Dalam konteks kajian ini, adat resam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Tidung sejak dahulu dapat mela...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3711/1/Norsuriati%20Abdul%20Khamad.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3711/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat yang hidup dalam sesebuah komuniti yang mempunyai adat dan budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi dapat dijadikan sebagai satu warisan di bawah warisan tidak ketara. Dalam konteks kajian ini, adat resam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Tidung sejak dahulu dapat melambangkan identiti suku kaum tersebut. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menerangkan mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi masyarakat Tidung kajian kes di kampung Kalabakan, Tawau. Kajian ini dilakukan kerana kebanyakan masyarakat Tidung di kampung tersebut berpegang pada agama islam dan mereka merasakan bahawa adat dan pantang larang dalam perkahwinan ini mempunyai unsur-unsur khurafat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung, mengkaji sejauhmana penerimaan generasi muda terhadap adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung serta membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan. Kaedah kajian pula melibatkan kaedah kualitatif seperti melakukan pemerhatian ke kawasan kajian, menemu bual secara semi struktur terhadap 10 orang responden serta melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai tajuk kajian. Kaedah analisis data dalam kajian ini melibatkan analisis tematik yang mana hasil temubual yang dilakukan akan dipindahkan dalam bentuk transkripsi. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung seperti adat melambung, adat berbuka, adat berudot dan banyak lagi. Seterusnya, penerimaan generasi muda mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung untuk generasi akan datang adalah relevan untuk diamalkan. Oleh yang demikian, hasil kajian yang diperoleh membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan masyarakat Tidung seperti mengadakan pameran, membuat penyelidikan dan menerbitkan satu dokumentari. |
---|