Kajian Terhadap Lagu-Lagu Rakyat Yang Popular di Negeri Kelantan.

Projek Penyelidikan ini menerangkan tentang Kajian Terhadap Lagu-lagu Rakyat Yang Popular di Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti lagu-lagu rakyat, mengkaji elemen unsur-unsur nasihat yang terdapat dalam lagu rakyat dan mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Faizah Ismail
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3704/1/Nor%20Faizah%20Ismail.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3704/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini menerangkan tentang Kajian Terhadap Lagu-lagu Rakyat Yang Popular di Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti lagu-lagu rakyat, mengkaji elemen unsur-unsur nasihat yang terdapat dalam lagu rakyat dan mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap lagu-lagu rakyat yang telah dipopularkan di Kelantan. Segala maklumat dalam kajian ini diperoleh melalui pembacaan jurnal-jurnal, buku-buku, artikel di internet serta pengumpulan maklumat-maklumat yang telah diperoleh daripada kajian-kajian lepas, kaedah temu bual dan soal selidik. Selain itu, skop kajian dalam projek penyelidikan ini pula lebih terperinci mengenai lagu rakyat sahaja. Kawasan yang dikaji pula lebih tertumpu di penduduk Melayu, Cina, India dan Siam di Negeri Kelantan. Kawasan yang dikaji ini hanya menumpukan kepada kawasan bandar dan luar bandar sahaja untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Di samping itu, sorotan kajian dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Pandangan Sarjana Timur dan Pandangan Sarjana Barat. Seterusnya, teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Pengkaedah Melayu. Dalam metodologi kajian pula, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang mana terkandungnya kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu juga, dalam kaedah pengumpulan data, pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder. Akhir sekali, akhir kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat untuk mengenali dan berusaha memelihara seni warisan lagu rakyat yang mempunyai nilai yang tinggi.