Peranan Muzium Komuniti Dalam Pengekalan Identiti di Melaka, Tapak Warisan Dunia Malaysia.

Peranan muzium komuniti dalam pengekalan identiti di Melaka, tapak warisan dunia, Malaysia adalah sebuah kajian yang mengkaji peranan tiga buah Muzium Komuniti. Muzium komuniti yang dikaji adalah Muzium Portugis, Muzium Chitti serta Muzium Baba dan Nyonya. Kajian yang dijalankan mendapati pengurusan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Atikah Abdullah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3702/1/Nor%20Atikah%20Abdullah.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3702/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan muzium komuniti dalam pengekalan identiti di Melaka, tapak warisan dunia, Malaysia adalah sebuah kajian yang mengkaji peranan tiga buah Muzium Komuniti. Muzium komuniti yang dikaji adalah Muzium Portugis, Muzium Chitti serta Muzium Baba dan Nyonya. Kajian yang dijalankan mendapati pengurusan yang dijalankan oleh Muzium Komuniti dalam menguruskan muzium komuniti bagi mengekalkan identiti mereka dalam masyarakat masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Hal ini berlaku akibat daripada beberapa masalah yang berlaku di Muzium Komuniti yang melibatkan pengurusan seperti sistem komunikasi, pengurusan operasi yang tidak teratur serta caj bayaran kemasukkan yang dikenakan agak mahal. Objektif kajian didalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu mengenalpasti ciri-ciri Muzium Komuniti yang terdapat di Bandaraya Melaka, mengenalpasti faktor yang menyebabkan para pelancong datang melawat ke muzium komuniti di Bandaraya Melaka dan menganalisis peranan muzium komuniti di Bandaraya Melaka terhadap identiti sesebuah bangsa. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kes kajian iaitu memfokuskan kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja. Justeru, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan dengan kepekaan pengunjung, ciri-ciri serta faktor kedatangan pengunjung ke Muzium Komuniti dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Dapatan kajian yang didapati menunjukkan bahawa pengunjung yang pernah mengunjungi Muzium Komuniti sedar akan ciri-ciri serta peranan yang dibawa oleh muzium komuniti. Beberapa cadangan turut diutarakan bagi memastikan Muzium Komuniti diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dan badan-badan tertentu agar kekurangan yang terdapat di Muzium Komunti ini dapat diatasi.