Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort.

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh: Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort”. Warisan Pahlawan Resort ini merupakan sebuah rumah lama yang menjadi khazanah warisan dimana ianya perlukan penjagaan yang khusus bagi t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nooratikah Ismail
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3699/1/Nooratikah%20Ismail.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3699/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh: Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort”. Warisan Pahlawan Resort ini merupakan sebuah rumah lama yang menjadi khazanah warisan dimana ianya perlukan penjagaan yang khusus bagi terus memeliharanya dari rosak. Rumah warisan ini merupakan hak milik pahlawan dan ulama terdahulu yang tinggal di Hulu Terengganu seperti Mat Kilau dan beberapa orang lagi dan mendirikan rumah di kawasan sekitar Kuala Berang. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan adalah kerana rumah tersebut sangat unik dan mempunyai sejarah tersendiri dan nilai kepentingan warisan yang terdapat pada rumah warisan di Kampung Pauh, Kuala Berang tersebut. Walaupun masyarakat tahu akan asal usul rumah tersebut tetapi masih ada sesetengah masyarakat yang kurang mengambil tahu tentang nilai kepentingan rumah warisan pahlawan tersebut kepada negeri Terengganu dan negara dari segi pemeliharaannya. Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai kepentingan budaya pada Kompleks Warisan Pahlawan Resort, mengenalpasti pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah-rumah tokoh di Warisan Pahlawan Resort dan juga menilai kesan penyesuaigunaan semula ke atas nilai warisan rumah tokoh-tokoh di kompeks Warisan Pahlawan Resort. Untuk metodologi kajian kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir.