Pembuatan Dan Pemuliharaan Kerambit Di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan

Kerambit merupakan senjata kecil yang berupa pisau dengan bilah melengkung yang boleh dijumpai di negara Asia Tenggara seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia. Tajuk kajian ialah “Pembuatan dan Pemuliharaan Kerambit di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Permasalahan kajian ini ialah kajian men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustapa, Syufiah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3692/1/SYUFIAH%20BINTI%20MUSTAPA%20C18A0439%20.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3692/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerambit merupakan senjata kecil yang berupa pisau dengan bilah melengkung yang boleh dijumpai di negara Asia Tenggara seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia. Tajuk kajian ialah “Pembuatan dan Pemuliharaan Kerambit di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Permasalahan kajian ini ialah kajian mengenai kerambit kurang dijadikan subjek kajian oleh pengkaji-pengkaji tempatan berbanding pengkaji Indonesia dan kebanyakan kajian mengenai senjata-senjata tradisional menfokuskan kepada keris berbanding kerambit kerana keris merupakan senjata utama masyarakat Melayu khususnya. Objektif kajian pula ialah mengkaji proses-proses pembuatan kerambit dan mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dilakukan ke atas kerambit di Kg. Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif serta menggunakan sumber data primer dan sekunder. Dapatan kajian ini ialah dapat mengetahui proses-proses pembuatan kerambit dan mengetahui langkah-langkah pemuliharaan yang dilakukan ke atas kerambit di Kg. Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan.