Persepsi Masyarakat Terhadap Kelangsungan Upacara Wangkang di Melaka Ketika Penularan Covid-19.

Kajian ini tertumpu kepada upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelangsungan upacara Wangkang di Melaka semasa penularan COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang penerimaan masyarakat terhadap upa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Alif Hakimi Muhammad
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3686/1/Muhammad%20Alif%20Hakimi%20Muhammad%20Rushdie.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3686/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini tertumpu kepada upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelangsungan upacara Wangkang di Melaka semasa penularan COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang penerimaan masyarakat terhadap upacara Wangkang yang dijalankan semasa penularan COVID-19 serta membincangkan tentang kaedah yang bersesuaian bagi merancakkan lagi upacara Wangkang di Negeri Melaka pada masa akan datang. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk etnografi dan menggunakan kaedah campuran bagi mendapatkan data yang diperlukan iaitu melibatkan kaedah kualitatif seperti menemubual beberapa orang responden manakala kaedah kuantitatif pula digunakan bagi mengukur penerimaan masyarakat tentang upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020 menerusi borang soal selidik yang diedarkan. “Teori Semiotik” telah digunapakai dan diaplikasikan di dalam kajian ini. Pada penghujung kajian ini, pengkaji akan memberikan beberapa cadangan bagi memastikan upacara Wangkang ini agar terus dipelihara bagi memastikan warisan budaya ini dapat dikenali oleh orang ramai serta dapat diwarisi kepada generasi akan datang.