Kearifan Lokal Dalam Seloka Pak Kaduk & Pak Pandir: Aspek Sindiran Dan Kenyataan

Kajian ini dilakukan memfokuskan kepada Kearifan Lokal yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir melalui dari segi aspek sindiran dan kenyataan. Kearifan Lokal bermaksud bahagian dari budaya suatu masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari bahasa masyarakat itu sendiri. Hal ini dikatakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Ayub, Mohammad Nor Fahmi Adaha
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3655/1/MOHAMMAD%20NOR%20FAHMI%20ADAHA%20BIN%20CHE%20AYUB%20%28C18A0122%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3655/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan memfokuskan kepada Kearifan Lokal yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir melalui dari segi aspek sindiran dan kenyataan. Kearifan Lokal bermaksud bahagian dari budaya suatu masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari bahasa masyarakat itu sendiri. Hal ini dikatakan ianya merupakan warisan dari orang terdahulu. Disamping itu, kearifan lokal atau local wisdom ini biasanya diwariskan secara turun-temurun dari generasi ke generasi melalui cerita dari mulut ke mulut. Kearifan lokal biasanya terdapat pada cerita rakyat, peribahasa, lagu hingga permainan dalam kalangan rakyat. Manakala seloka merupakan satu tujuan untuk menyindir masyarakat tradisi misalnya dari segi aspek sosial melalui kearifan lokal agar dapat melahirkan keharmonian dan ketatasusilaan. Terdapat tiga objektif kajian dalam tugasan ini adalah yang pertama untuk mengenalpasti fungsi seloka sebagai hiburan kepada masyarakat Melayu tradisi. Kedua pula ialah mengkaji aspek sindiran sebagai alat kawalan sosial masyarakat dalam seloka Melayu. Seterusnya, yang ketiga ialah menganalisis bentuk pengajaran yang boleh diambil daripada seloka. Dalam kajian ini pengkaji banyak menggunakan sumber-sumber rujukan seperti sorotan kajian lepas, jurnal, buku-buku ilmiah, akhbar, kepustakaan internet dan sebagainya bagi menyiapkan tugasan ini. Hasil dapatan kajian dan analisis terhadap aspek sindiran dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir mendapati bahawa menghasilkan puisi tradisional seloka bukan sahaja bersifat lawak jenaka ataupun hiburan semata-mata namun, seloka mempunyaai banyak iktibar disebalik aspek sindiran itu dan maksud yang terkandung iaitu mempunyai mesej pengajaran, pendidikan, nasihat kepada khalayak dan pembaca. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan kearifan lokal dalam seloka terhadap kalangan masyarakat tradisional adalah sebenarnya sebagai satu alat komunikasi untuk menyedarkan serta memberi impak yang positif kepada khalayak mahupun pembaca dalam membina jati diri dan tingkah laku dalam kehidupan seseorang individu.