Kesan Pandemik Covid-19 Kepada Pengamal Wayang Kulit: Kajian Kes Di Kelantan

Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia. Kerajaan tempatan telah menyekat semua majlis keramaian yang turut memberi kesan kepada pengamal wayang kulit tempatan. Kajian ini menfokuskan mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit di Kelantan. Oleh itu, terdapat tiga objektif ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahim, Nir Nur Ainaa Insyirah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3639/1/NIK%20NUR%20AINAA%20INSYIRAH%20BINTI%20ABDUL%20RAHIM%20C18A0589.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3639/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia. Kerajaan tempatan telah menyekat semua majlis keramaian yang turut memberi kesan kepada pengamal wayang kulit tempatan. Kajian ini menfokuskan mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit di Kelantan. Oleh itu, terdapat tiga objektif utama di dalam kajian ini iaitu: mengenalpasti kepentingan wayang kulit Kelantan kepada masyarakat Kelantan; mengkaji kesan yang dihadapi oleh pengamal wayang kulit Kelantan disebabkan pandemik Covid-19; dan menganalisis penyelesaian dalam mengatasi kesan pandemik Covid-19 kepada pengamal wayang kulit Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menekankan kajian kes. 10 orang responden telah ditemubual dan pemerhatian tidak turut serta telah digunakan untuk mendapatkan data. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis tematik dan ditriangulasi dengan kajian lepas dan responden kajian. Kajian ini mendapati pengamal tempatan terpaksa menangguhkan dan membatalkan aktiviti mereka, sekali gus terjejas dalam penjanaan pendapatan, persembahan wayang kulit dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kepada pengamal dan pihak berkepentingan wayang kulit Kelantan dalam melestarikan wayang kulit semasa pandemik dan pada masa hadapan. Kata kunci: Pandemik Covid-19, Pengamal Wayang Kulit, Pihak Berkepentingan, Wayang Kulit Kelantan