Unsur-Unsur Konflik Yang Terdapat Dalam Novel Ayahanda Berdasarkan Teori Sosiologi

Permasalahan yang wujud dalam kalangan masyarakat terutama remaja dapat memberi kesan negatif ke dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh akan sesuatu benda dan mencuba perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan di alam remaja mereka. Terdapat tiga objektif yang dig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zalikha Najwa Zahari
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14489/1/ZALIKHA%20NAJWA%20BINTI%20ZAHARI%20C20A1512.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14489/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permasalahan yang wujud dalam kalangan masyarakat terutama remaja dapat memberi kesan negatif ke dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh akan sesuatu benda dan mencuba perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan di alam remaja mereka. Terdapat tiga objektif yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini iaitu mengenalpasti unsur-unsur konflik yang terdapat di dalam novel Ayahanda, menganalisis unsur-unsur konflik yang terdapat dalam novel Ayahanda menggunakan teori sosiologi dan menganalisis kepentingan unsur-unsur konflik dalam novel Ayahanda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan kepustakaan dan juga analisis teks dalam memperoleh hasil dapatan yang ingin dicapai dalam kajian ini. Antara hasil dapatan yang diperoleh melalui kajian ini ialah konflik dalaman, konflik antara kumpulan (intragroup), konflik hubungan dan juga konflik sosial bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Konflik merupakan suatu perkara yang sering dipandang negatif ia sering melibatkan situasi yang kurang nyaman yang melibatkan pertentangan idea atau pendapat. Namun begitu konflik tidak boleh dipandang dengan remeh kerana ia merupakan isu yang penting untuk diselesaikan yang dapat ditangani sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Kata kunci : Novel, Unsur, Konflik, Sosiologi.