Analisis Perwatakan Wanita Dalam Novel Badai Semalam Karya Khadijah Hashim Menurut Perspektif Feminisme

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menganalisis perwatakan wanita dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Perwatakan wanita merujuk kepada suatu gambaran yang jelas tentang perilaku seseorang individu itu dengan menjadi cerminan apa yang dibawa oleh persekitaran masyarakatnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Khairani Shahrel
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14468/1/TESIS%20MUHAMMAD%20KHAIRANI%20BIN%20SHAHREL-C20A1127.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14468/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menganalisis perwatakan wanita dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Perwatakan wanita merujuk kepada suatu gambaran yang jelas tentang perilaku seseorang individu itu dengan menjadi cerminan apa yang dibawa oleh persekitaran masyarakatnya dan pembentukan jati diri yang baik dalam kehidupan seharian. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti perwatakan khususnya bagi golongan wanita ini yang lebih tertumpu kepada aspek sosial dalam menekankan tentang tahap ketabahan yang tinggi dan kuat dalam menghadapi segala masalah berlandaskan kepada novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Menerusi teori Feminisme yang telah diasaskan oleh Elaine Showalter 1979, kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan berbalik patriarki iaitu mengangkat kuasa serta martabat golongan wanita itu melebihi martabat yang dimiliki oleh golongan lelaki itu sendiri. Objektif kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek penting iaitu mengenalpasti watak dan perwatakan wanita dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim, mengkaji peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam aspek sosial berdasarkan teori Feminisme dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim dan menganalisis sumbangan watak dan perwatakan wanita dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim pada masa kini. Metodologi kajian yang digunakan dalam melancarkan kajian ini ialah berbentuk kualitatif iaitu dokumentasi terhadap teks. Segala maklumat yang diperolehi akan diterjemahkan menerusi pilihan teks novel Badai Semalam berlandaskan kepada teori Feminisme. Hasil kajian mendapati bahawa analisis perwatakan wanita ini merupakan suatu aspek penting dalam menjadi wadah atau medium pengajaran bagi semua golongan masyarakat di negara ini. Hasil kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengangkat martabat golongan wanita dan secara tidak langsung memberi impak positif terhadap perjuangan hak khususnya bagi wanita dalam mempertahankan hak mereka. Kata kunci: Badai Semalam, Khadijah Hashim, Kehidupan sosial, Perwatakan wanita, Teori Feminisme.