Penelitian Aspek Patriotisme Dalam Karya Sastera Dan Filem: Satu Kajian Berdasarkan Filem Leftenan Adnan (2000) Dan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (2008)

Patriotisme merupakan sebuah sifat bagi manusia yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk melindungi bangsa, budaya dan agama mereka daripada dijajah. Pada era kontemporari ini, pihak penerbitan dan penulis-penulis bebas sudah kurang inisiatif dalam menerbitkan dan mengarang sketsa-sketsa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Mazidah Mohd Zain
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14463/1/SITI%20NOR%20MAZIDAH%20MOHD%20ZAIN%20C20A1441.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14463/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Patriotisme merupakan sebuah sifat bagi manusia yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk melindungi bangsa, budaya dan agama mereka daripada dijajah. Pada era kontemporari ini, pihak penerbitan dan penulis-penulis bebas sudah kurang inisiatif dalam menerbitkan dan mengarang sketsa-sketsa semasa era peperangan dunia ke II. Tunjang utama penerbitan dilakukan adalah kerana untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat pada zaman globalisasi ini tentang fakta sejarah berkaitan dengan penjajahan dan peperangan yang pernah berlaku di Tanah Melayu. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti aspek patriotisme di dalam filem Leftenan Adnan (2000) dan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (2008) menggunakan analisis kandungan serta mengkaji persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara filem Leftenan Adnan dan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dengan menerapkan reka bentuk kajian kualitatif menggunakan teori Intertekstualiti melalui prinsip Transformasi untuk mengkaji lebih mendalam berkaitan dengan persamaan dan perbezaan di dalam karya yang dikaji. Terdapat tujuh perspektif patriotisme yang dapat dikeluarkan dari filem dan novel yang dikaji diantaranya, mempraktikkan silat sebagai seni mempertahankan diri, pengaplikasian konsep setia kawan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama, serta pengaplikasian sifat seorang ketua yang demokratik. Terdapat lebih daripada 20 perbezaan dan persamaan di antara jalan cerita, watak dan perwatakan, latar belakang filem Leftenan Adnan dan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang perlu diberikan perhatian kerana karya ini adalah berkaitan dengan peperangan dan tokoh pejuang Tanah Melayu. Kajian ini diharapkan mendapat perhatian kepada masyarakat di Tanah Melayu agar tidak lagi berfikiran “comprador bourgeioises” kerana kita perlu menyeimbangkan wahana patriotik di dalam diri dengan penghasilan karya-karya seni di era kontemporari ini. Kata kunci: Patriotisme, penjajahan, Peperangan Dunia ke II, filem Leftenan Adnan, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa.