Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)

Kerajaan telah menyediakan pelbagai program serta kemudahan sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam perusahaan kecil. Kemudahan tersebut termasuklah pelaksanaan program mikrokredit. Dari sudut agama, jelas menunjukkan bahawa Islam sangat meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosman Mahmood
Format: UMK Etheses
Published: 2010
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14456/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.umk.eprints.14456
record_format eprints
spelling my.umk.eprints.144562024-09-18T06:38:40Z http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14456/ Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun) Rosman Mahmood Kerajaan telah menyediakan pelbagai program serta kemudahan sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam perusahaan kecil. Kemudahan tersebut termasuklah pelaksanaan program mikrokredit. Dari sudut agama, jelas menunjukkan bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya terlibat dalam perniagaan. Panduan yang lengkap telah digariskan bagi menjamin kejayaan aktiviti ekonomi yang diusahakan. Hal ini menjelaskan bahawa amalan nilai-nilai agama mempunyai kaitan yang signifikan dengan prestasi aktiviti ekonomi yang dijalankan. Namun, hakikatnya pencapaian Bumiputera dalam perusahaan kecil masih lagi ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil. Kajian juga cuba membuat analisis hubungan antara amalan nilai-nilai agama dengan prestasi perusahaan kecil serta pengaruh program mikrokredit ke atas perkembangan sektor tersebut. Di samping itu, kajian juga membuat analisis perbandingan prestasi antara program mikrokredit AIM dan TEKUN. Berdasarkan analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan amalan pengurusan, pengalaman perniagaan, jenis perkhidmatan-patung, ciri-ciri pemilik/pengurus dan dasar kerajaan mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi perusahaan kecil. Faktor tahap pendidikan menunjukkan pengaruh yang negative manakala usia perusahaan, jenis pembuatan-patung, saiz perusahaan, penglibatan keluarga serta latihan dan bimbingan tidak mempengaruhi prestasi perusahaan kecil. Penemuan kajian juga menunjukkan pengaruh amalan nilai-nilai agama dan program mikrokredit ke atas prestasi perusahaan kecil menunjukkan dapatan yang berbeza mengikut jenis program mikrokredit. Walau bagaimanapun, kajian mendapati secara keseluruhannya amalan nilai-nilai agama tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas prestasi. Manakala program mikrokredit pula dilihat mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi perusahaan kecil. Ujian-t sampel-sampel bebas pula menjelaskan perusahaan kecil di bawah AIM menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan perusahaan kecil di bawah TEKUN. Pendekatan kajian yang menggunakan kaedah triagulasi jelas memberi dapatan kajian yang lebih meyakinkan. Analisis kajian mengenai falktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil bukan sahaja memberi implikasi yang jelas kepada teori berkaitan tetapi juga kepada pengusaha kecil, penggubal dasar dan penyelidik. Beberapa cadangan dikemukakan, termasuklah mengadakan lebih banyak program pembangunan diri, latihan dan bimbingan, menambahbaik sistem sokongan kerajaan dan mengamalkan nilai-nilai agama. Di samping itu, pelaksanaan program mikrokredit perlulah ditambahbaikkan dengan memperbaiki sistem penyampaian, mewujudkan persatuan, melaksanakan program sokongan dan meminimakan pengaruh politik. Bagi kajian masa hadapan, beberapa faktor lain seperti ekonomi, jaringan perniagaan dan persaingan perlulah dimasukkan dalam analisis kajian di samping melibatkan lebih banyak program mikrokredit bukan sahaja yang disediakan oleh NGO tetapi juga yang dilaksanakan oleh institusi kewangan. 2010 UMK Etheses NonPeerReviewed Rosman Mahmood (2010) Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun). Doctoral thesis, Universiti Malaya.
institution Universiti Malaysia Kelantan
building Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Kelantan
content_source UMK Institutional Repository
url_provider http://umkeprints.umk.edu.my/
description Kerajaan telah menyediakan pelbagai program serta kemudahan sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam perusahaan kecil. Kemudahan tersebut termasuklah pelaksanaan program mikrokredit. Dari sudut agama, jelas menunjukkan bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya terlibat dalam perniagaan. Panduan yang lengkap telah digariskan bagi menjamin kejayaan aktiviti ekonomi yang diusahakan. Hal ini menjelaskan bahawa amalan nilai-nilai agama mempunyai kaitan yang signifikan dengan prestasi aktiviti ekonomi yang dijalankan. Namun, hakikatnya pencapaian Bumiputera dalam perusahaan kecil masih lagi ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil. Kajian juga cuba membuat analisis hubungan antara amalan nilai-nilai agama dengan prestasi perusahaan kecil serta pengaruh program mikrokredit ke atas perkembangan sektor tersebut. Di samping itu, kajian juga membuat analisis perbandingan prestasi antara program mikrokredit AIM dan TEKUN. Berdasarkan analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan amalan pengurusan, pengalaman perniagaan, jenis perkhidmatan-patung, ciri-ciri pemilik/pengurus dan dasar kerajaan mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi perusahaan kecil. Faktor tahap pendidikan menunjukkan pengaruh yang negative manakala usia perusahaan, jenis pembuatan-patung, saiz perusahaan, penglibatan keluarga serta latihan dan bimbingan tidak mempengaruhi prestasi perusahaan kecil. Penemuan kajian juga menunjukkan pengaruh amalan nilai-nilai agama dan program mikrokredit ke atas prestasi perusahaan kecil menunjukkan dapatan yang berbeza mengikut jenis program mikrokredit. Walau bagaimanapun, kajian mendapati secara keseluruhannya amalan nilai-nilai agama tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas prestasi. Manakala program mikrokredit pula dilihat mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi perusahaan kecil. Ujian-t sampel-sampel bebas pula menjelaskan perusahaan kecil di bawah AIM menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan perusahaan kecil di bawah TEKUN. Pendekatan kajian yang menggunakan kaedah triagulasi jelas memberi dapatan kajian yang lebih meyakinkan. Analisis kajian mengenai falktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil bukan sahaja memberi implikasi yang jelas kepada teori berkaitan tetapi juga kepada pengusaha kecil, penggubal dasar dan penyelidik. Beberapa cadangan dikemukakan, termasuklah mengadakan lebih banyak program pembangunan diri, latihan dan bimbingan, menambahbaik sistem sokongan kerajaan dan mengamalkan nilai-nilai agama. Di samping itu, pelaksanaan program mikrokredit perlulah ditambahbaikkan dengan memperbaiki sistem penyampaian, mewujudkan persatuan, melaksanakan program sokongan dan meminimakan pengaruh politik. Bagi kajian masa hadapan, beberapa faktor lain seperti ekonomi, jaringan perniagaan dan persaingan perlulah dimasukkan dalam analisis kajian di samping melibatkan lebih banyak program mikrokredit bukan sahaja yang disediakan oleh NGO tetapi juga yang dilaksanakan oleh institusi kewangan.
format UMK Etheses
author Rosman Mahmood
spellingShingle Rosman Mahmood
Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
author_facet Rosman Mahmood
author_sort Rosman Mahmood
title Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
title_short Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
title_full Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
title_fullStr Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
title_full_unstemmed Prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
title_sort prestasi perusahaan kecil: satu kajian perbandingan ke atas program mikrokredit amanah ikhtiar malaysia (aim) dan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga (tekun)
publishDate 2010
url http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14456/
_version_ 1811604466270470144
score 13.214268