Unsur-Unsur Legenda Dalam Cerita Rakyat: Penelitian Terhadap Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal

Seperti yang kita sedia maklum, cerita rakyat Malaysia mulai disebarkan melalui lisan iaitu mulut ke mulut dari generasi ke generasi. Hal ini dikatakan demikian kerana cerita rakyat Malaysia ini merupakan sebuah cerita rekaan yang dijadikan sebagai hiburan pada zaman dahulu. Jadi, tidak hairanlah se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nor Afda Ayunie Wan Razali
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14439/1/PROJEK%20PENYELIDIKAN%20II%20%28WAN%20NOR%20AFDA%20AYUNIE%20BINTI%20WAN%20RAZALI%20C20A1496%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seperti yang kita sedia maklum, cerita rakyat Malaysia mulai disebarkan melalui lisan iaitu mulut ke mulut dari generasi ke generasi. Hal ini dikatakan demikian kerana cerita rakyat Malaysia ini merupakan sebuah cerita rekaan yang dijadikan sebagai hiburan pada zaman dahulu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya cerita rakyat turut dijadikan sebagai salah satu hiburan yang dapat memberikan pengajaran kepada golongan pendengar. Sehingga kini cerita rakyat telah termasuk dalam genre sastera sebagai pembelajaran. Tambahan lagi, cerita rakyat boleh disampaikan dalam bentuk jenaka, penglipur lara, cerita teladan, mitos, cerita binatang dan legenda. Kajian ini berfokus terhadap teks 366 Cerita Rakyat Terkenal yang bertujuan untuk menganalisis dan mengenalpasti unsur legenda yang terdapat pada teks tersebut. Pengkaji mendapati teks 366 Cerita Rakyat Terkenal mengandungi 220 halaman iaitu 366 cerita rakyat. Kajian ini adalah terhad kepada 25 cerita rakyat yang terpilih. Cerita rakyat terpilih dalam teks berjudul Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Kampung Rembau, Bawang Putih Bawang Merah, Asal Usul Nama Bota, Asal Usul Pulau Tioman, Asal Usul Nama Pahang, Asal Usul Nama Gual Periok, Adat Hantaran Daun Sirih, Gambir, Kapur dan Pinang, Sungai Sembilang, Asal Usul Pekan Tampak, Tuhan Maha Adil, Cik Siti Wan Kembang, Ikan Tapah, Puteri Mayang, Bobolian, Gua Musang, Puteri Saadong, Tarian Wek Jongen, Asal Nama Kuala Kangsar, Nasi Menjadi Bunga, Badang, Batu Belah Batu Bertangkup, Tuk Raja Bertemu Taring, Sabak Bernam dan Seri Menanti. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan teks dari sumber yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu untuk menghasilkan kajian yang diinginkan dan tepat. Teori Pengkaedahan Melayu ini digunakan kerana ianya bersesuaian dengan konteks kajian yang ingin dihasilkan. Hasil kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal ini mengandungi unsur-unsur legenda yang dapat dikeluarkan. Dengan ini, kita dapat lihat bahawa meskipun cerita legenda ini dianggap sebagai cerita rekaan masyarakat dahulu, namun secara tidak langsung ia dapat memupuk masyarakat untuk mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah terjadi pada zaman dahulu. Tambahan lagi, generasi akan datang akan dapat mendalami cerita legenda masyarakat melalui kebijaksanaan tokoh-tokoh terdahulu dan sentiasa mengingati peristiwa yang pernah berlaku meskipun berabad lalu. Kata Kunci: Cerita Rakyat, Unsur Legenda, Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal, Pendekatan Kualitatif, Teori Pengkaedahan Melayu