Unsur Kesopanan Dalam Novel Maghfirah Karya Rehan Makhtar
Novel merupakan sebuah sebuah karya fiksyen yang ditulis panjang oleh pengarang dan juga sebuah karangan yang berbentuk fiksyen atau cereka iaitu dikenali sebagai cerita rekaan. Karya sastera yang berkaitan dengan novel sangat memberi kesan yang positif kepada masyarakat untuk mendidik diri lebih be...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14431/1/PROJEK%20PENYELIDIKAN%202%20_%20NUR%20SUHADA%20BINTI%20SAHARI%20C20A1276.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14431/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Novel merupakan sebuah sebuah karya fiksyen yang ditulis panjang oleh pengarang dan juga sebuah karangan yang berbentuk fiksyen atau cereka iaitu dikenali sebagai cerita rekaan. Karya sastera yang berkaitan dengan novel sangat memberi kesan yang positif kepada masyarakat untuk mendidik diri lebih berakhlak dan bermoral. Unsur kesopanan yang diterapkan dalam novel ini dapat dijadikan sebagai panduan atau rujukan yang utama untuk dijadikan sebagai pengajaran. Unsur kesopanan merupakan satu perkara yang penting dalam penulisan kerana ia menunjukkan kepada penggunaan bahasa yang sopan dan beradab. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti unsur kesopanan yang terkandung dalam novel Maghfirah karya Rehan Makhtar, menganalisis unsur kesopanan yang terkandung dalam novel Maghfirah karya Rehan Makhtar dan merumuskan pengaplikasian unsur kesopanan yang terkandung dalam novel Maghfirah karya Rehan Makhtar melalui Teori Pengkaedahan Melayu. Kajian ini hanya menggunakan satu teks novel sahaja iaitu novel Maghfirah yang ditulis oleh Rehan Makhtar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks. Pendekatan teori yang diterapkan dalam kajian ini ialah dengan menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu melalui Pendekatan Keagamaan bagi mengukuhkan analisis dan hujahan kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa menerusi teks novel Maghfirah karya Rehan Makhtar sememangnya mempunyai unsur kesopanan dan unsur ini dapat memberikan kesan yang baik kepada kalangan Masyarakat kerana meliputi dari segi tutur kata dan perilaku yang baik. Maka dengan ini ia dapat menimbulkan kesan yang positif dalam kalangan Masyarakat.
Kata Kunci: Novel, Unsur Kesopanan, Teori Pengkaedahan Melayu |
---|