Penelitian Unsur Disfemisme Aspek Kepimpinan Dalam Dialog Filem Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok. Satu Penelitian Teori Konseptual Kata Kunci

Disfemisme adalah gaya bahasa yang kasar atau tidak sopan digunakan supaya memberi kesan negatif dalam pertuturan. Disfemisme menguatkan maksud tertentu, mengekspresi perasaan dan emosi dalam sesebuah karya. Tidak dinafikan juga digunakan sebagai senjata bagi menyerang lawan, meluahkan kekecewaan, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Zahiraa’ Nabihah Jamburi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14425/1/NUR%20ZAHIRAA_%20NABIHAH%20BINTI%20JAMBURI%20C20A1635%20PROJEK%20PENYELIDIKAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14425/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disfemisme adalah gaya bahasa yang kasar atau tidak sopan digunakan supaya memberi kesan negatif dalam pertuturan. Disfemisme menguatkan maksud tertentu, mengekspresi perasaan dan emosi dalam sesebuah karya. Tidak dinafikan juga digunakan sebagai senjata bagi menyerang lawan, meluahkan kekecewaan, kemarahan dan pelbagai emosi lain. Tujuan utama kajian ini adalah mengenal pasti disfemisme aspek kepimpinan dan membincangkan kesan penggunaan disfemisme dalam dialog filem Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok karya P. Ramlee. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah dokumentasi. Kaedah kajian yang digunakan analisis visual, kaedah kepustakaan dan kaedah laman sesawang. Pengkaji mengaplikasikan teori Konseptual Kata Kunci (2005) melalui prinsip pemilihan kata. Hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah menemukan dua hubungan dan tiga peranan yang boleh dilihat berdasarkan aspek kepimpinan dalam filem Tiga Abdul iaitu konflik keluarga melalui peranan bapa dan anak, peranan adik-beradik serta kecanggungan masyarakat iaitu peranan majikan dan pekerja. Filem Pendekar Bujang Lapok pula terdapat tiga hubungan dan terbahagi kepada empat peranan adalah Jalinan persahabatan menunjukkan peranan dengan sahabat. Selain itu, konflik keluarga berdasarkan peranan suami dan isteri dan yang terakhir adalah kecanggungan masyarakat melalui peranan guru dan pelajar serta peranan majikan dan pekerja. Manakala bagi kesan disfemisme dapat dilihat kata-kata disfemisme mati, kematian, mampus, bodoh, bahlul, busuk, buta, gila, tergila-gila, jembalang, jin, mambang, jantina, betina, khadam dan najis yang telah membuktikan bahawa kata-kata kasar sedemikian membawa kesan-kesan mendalam pada diri, keluarga dan masyarakat mengikut penggunaan konteks dialog yang bersesuaian. Justeru itu, unsur disfemisme di dalam filem terpilih Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok sememangnya mampu memberi pengajaran dalam membentuk dan kesantunan dalam berbahasa kepada khalayak untuk komunikasi harian. Kata Kunci: Disfemisme, Filem Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok, P. Ramlee, Aspek Kepimpinan, Teori Konseptual Kata Kunci