Kajian Sosiobudaya Dalam Filem Bumi Manusia Adaptasi Daripada Novel Bumi Manusia Karya Pramoedya Ananta Toer

Kajian ini memfokuskan kepada aspek sosiobudaya yang terdapat dalam filem Bumi Manusia (2019) yang diadaptasi daripada novel Bumi Manusia (2005) karya Pramoedya Ananta Toer. Kajian ini merupakan sebuah kajian perbandingan antara filem dan novel Bumi Manusia yang untuk melihat aspek sosiobudaya denga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Syahir Jalaludin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14419/1/MOHAMMAD%20SYAHIR%20BIN%20JALALUDIN_C20A1058.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14419/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada aspek sosiobudaya yang terdapat dalam filem Bumi Manusia (2019) yang diadaptasi daripada novel Bumi Manusia (2005) karya Pramoedya Ananta Toer. Kajian ini merupakan sebuah kajian perbandingan antara filem dan novel Bumi Manusia yang untuk melihat aspek sosiobudaya dengan lebih menyeluruh melalui kedua-kedua jalan cerita. Aspek sosiobudaya yang terdapat dalam cerita ini memberi dampak yang sangat besar kepada masyarakat Indonesia sewaktu penjajahan Eropah pada abad ke-19 kerana ia turut membawa kesan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengkaji hierarki sistem sosial masyarakat Indonesia sewaktu penjajahan Belanda. Seterusnya, kajian ini turut menganalisis kemasukan pengaruh budaya Eropah dalam mempengaruhi budaya masyarakat Indonesia dalam filem Bumi Manusia bagi mengukuhkan teori Marxisme. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif yang merangkumi kaedah kajian teks novel Bumi Manusia, kaedah kepustakaan, kaedah kajian internet terhadap kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan kaedah analisis filem Bumi Manusia. Selanjutnya, pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah teori Marxisme yang digunakan untuk menunjukkan aspek sosiobudaya yang terdapat dalam karya Bumi Manusia. Soisobudaya masyarakat Indonesia terkesan sewaktu penjajahan Eropah, ini kerana penjajahan Eropah telah membawa perubahan yang sangat besar di Indonesia baik dalam masyarakat dan negara. Kata kunci: budaya, Eropah, hierarki, perbandingan, sosiobudaya