Penerapan Didik Hibur di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi
Tesis ini membincangkan Penerapan Didik Hibur Di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi dengan tujuan utama untuk mengenal pasti dan menganalisis filem terhadap gejala yang tidak sihat dilakukan oleh masyarakat masa kini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | Malay |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14418/1/FULL%20TESIS%20MUHAMMAD%20HARITH%20HAIQAL%20BIN%20MOHD.%20HAISHAM%20C20A1115.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14418/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini membincangkan Penerapan Didik Hibur Di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi dengan tujuan utama untuk mengenal pasti dan menganalisis filem terhadap gejala yang tidak sihat dilakukan oleh masyarakat masa kini seperti gejala merempit, vandelisme, pembuangan sisa toksi, tidak menghormati golongan tua, malahan ada juga yang tidak menghormati negara seperti tidak menghormati lagu Negaraku. Obejktif kajian bagi tesis ini ialah menjelaskan konsep didik hibur yang terdapat di dalam filem Zombi Kampung Pisang, menghuraikan kritikan sosiologi yang dipaparkan di dalam filem Zombi Kampung Pisang dengan kehidupan masyarakat zaman sekarang, merumuskan didik hibur yang terdapat di dalam filem Zombi Kampung Pisang untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kaedah penyelidikan melibatkan kaedah kualitatif dan data yang dikumpul melalui analisis visual. Analisis yang teliti menghasilkan penemuan yang signifikan, terutamanya berkenaan penerapan didik hibur yang terkandung dalam filem Zombi Kampung Pisang untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat melalui teori sosiologi model cermin. Hasil penyelidikan ini memberikan gambaran yang mendalam tentang Penerapan Didik Hibur Di Dalam Filem Zombi Kampung Pisang Melalui Kehidupan Masyarakat Melayu Sebagai Pengajaran Berdasarkan Kritikan Sosiologi dan menyediakan asas untuk menggambarkan dinamik hubungan antara watak sebagai cerminan nilai budaya dan norma sosial. |
---|