Kepentingan Elemen Pendidikan dan Moral Dalam Sastera: Satu Penelitian Berdasarkan Kaedah SLR
Elemen pendidikan mempunyai banyak cabang dan salah satunya adalah teknik pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru yang meliputi kaedah berkaitan didik hibur, penggunaan multimedia, berkongsi maklumat dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan kaedah pembelajaran yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14409/1/INTAN%20SHAFINAZ%20YUSOFF%20%28TESIS%20FULL%202024%29%20%5BDITANDATANGAN%5D.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14409/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Elemen pendidikan mempunyai banyak cabang dan salah satunya adalah teknik pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru yang meliputi kaedah berkaitan didik hibur, penggunaan multimedia, berkongsi maklumat dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan kaedah pembelajaran yang baik dan sistematik boleh merangsang daya pemikiran dan keaktifan para pelajar untuk mempelajari sesuatu topik sastera dengan mudah. Penggunaan kaedah pembelajaran secara konvensional pada masa kini boleh menyebabkan pelajar cenderung untuk melakukan perkara yang sia-sia dan mudah berasa bosan terutamanya dalam pembelajaran sastera yang dikatakan hanya bertumpukan kepada teks sahaja. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah mengenal pasti teknik pendidikan dan elemen moral dalam pendidikan sastera menerusi kaedah Systematic Literature Review (SLR) dan menganalisis kepentingan teknik pendidikan dan elemen moral terhadap pelajar dalam pembelajaran pendidikan sastera menerusi kajian lepas. Kaedah kajian yang digunakan untuk mencapai objektif adalah pendekatan kualitatif iaitu beberapa cara termasuk kaedah kepustakaan, analisis tekstual dan sumber Internet yang melibatkan kajian-kajian lepas. Disamping itu, pengkaji menggunakan kaedah Systematic Literature Review (SLR) untuk menganalisis dan mensintesis sesuatu kajian yang berkaitan dengan tajuk dengan lebih menyeluruh menggunakan kaedah yang teratur. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan visual atau multimedia serta pembelajaran secara aktif banyak digunakan oleh guru dalam pengajaran di bilik kuliah malah pera pelajar turut memberi respons positif terhadap teknik pembelajaran yang disampaikan oleh guru dapat membantu mereka memahami dengan lebih baik dan jelas tentang pembelajaran sastera. Oleh itu, teknik pembelajaran ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh para guru untuk menjamin keselesaan pelajar-pelajar ketika menerima sesuatu ilmu dengan mudah.
Kata Kunci: Elemen pendidikan, Moral, Systematic Literature Review, Kaedah Pembelajaran, Sastera |
---|