Penerapan Nilai Jeri Dalam Novel Komsas Terpilih: Satu Penelitian Terhadap Elemen Pendidikan

Pendidikan merangkumi kepada aspek pemikiran yang tertumpu kepada pembangunankognitif seseorang individu. Perkara ini sememangnya bertautan dengan nilai Jasmani,Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang telah diperkenalkan oleh Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang memberikan tumpuan terhadap aspek k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Auni Aqilah binti Ab Rashid
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14259/1/AUNI%20AQILAH%20BINTI%20AB%20RASHID%20%28C20A1524%29%20-%20TESIS%20AKHIR%20PENUH.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14259/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merangkumi kepada aspek pemikiran yang tertumpu kepada pembangunankognitif seseorang individu. Perkara ini sememangnya bertautan dengan nilai Jasmani,Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang telah diperkenalkan oleh Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang memberikan tumpuan terhadap aspek keseimbangan diri melaluipendidikan termasuklah melalui Komponen Sastera (KOMSAS). Dengan demikian,kajian ini dijalankan adalah bertujuan dalam mengenal pasti unsur pendidikan yang terdapat dalam KOMSAS melalui konsep JERI dan menganalisis penerapan nilai JERI dalam novel KOMSAS terpilih menggunakan teori Pengkaedahan Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang merangkumi kepada kaedah analisis tekstual yang menekankan kepada analisis terperinci terhadap novel KOMSAS terpilih melalui pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu dalam konteks pendekatan moral. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penerapan nilai JERI yang terdapat dalam kebanyakan novel KOMSAS terpilih sememangnya mempamerkan elemen pendidikan yang menekankan terhadap perkembangan individu. Konsep nilai JERI dan KOMSAS sememangnya mampu dalam melestarikan elemen pendidikan yang lebih ilmiah.