Seni Persembahan Gambus di Johor : Isu Kelestarian Dan Persepsi Penggiat Seni

Seni persembahan gambus merupakan satu bentuk seni muzik tradisional yang mempunyai akar umbi dalam budaya dan warisan. Di Malaysia, persembahan gambus telah menjadi komponen penting dalam muzik ensembel. Gambus adalah sebuah alat muzik yang telah mewarnai persada muzik negara seperti kumpulan samra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nursyahira Yazid
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14248/1/Nursyahira%20Binti%20Yazid.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14248/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni persembahan gambus merupakan satu bentuk seni muzik tradisional yang mempunyai akar umbi dalam budaya dan warisan. Di Malaysia, persembahan gambus telah menjadi komponen penting dalam muzik ensembel. Gambus adalah sebuah alat muzik yang telah mewarnai persada muzik negara seperti kumpulan samrah, zapin, ghazal, dan nasyid. Namun, seni persembahan ini menghadapi cabaran yang besar dalam usahanya untuk terus berkembang dan dikekalkan dalam konteks budaya moden. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur persembahan gambus, isu kelestarian dan persepsi penggiat seni dalam mengekalkan seni persembahan gambus di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan tinjauan lapangan, temu bual untuk mengkaji persepsi, pengalaman, dan pendapat penggiat seni tentang seni persembahan gambus. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan dan cadangan untuk memajukan seni persembahan gambus dan memastikan warisan seni tradisional yang berharga ini dapat terus hidup dan berkembang dalam masyarakat Johor.