Kajian Teknik Pembuatan Alat Muzik Kulintangan di Kudat, Sabah

Pembuatan alat muzik kulintangan di Kudat, Sabah, Malaysia merupakan satu kemahiran tradisional yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat Borneo di rantau ini. Kulintangan adalah simbol budaya yang berharga dan bahagian penting dalam identiti muzik etnik Sabah. Proses pembuatan melibatkan tahap ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syanina Syazwani Roslee
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14237/1/Nur%20Syanina%20Syazwani%20Binti%20Roslee.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14237/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembuatan alat muzik kulintangan di Kudat, Sabah, Malaysia merupakan satu kemahiran tradisional yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat Borneo di rantau ini. Kulintangan adalah simbol budaya yang berharga dan bahagian penting dalam identiti muzik etnik Sabah. Proses pembuatan melibatkan tahap kemahiran, kepakaran dan kepercayaan yang tinggi terhadap nilai-nilai tradisional yang wujud dalam pembuatan alat muzik ini. Kajian ini mendokumentasikan teknik dan proses pembuatan alat muzik tradisional kulintangan. Bermula daripada pemilihan bahan sehingga ke peringkat arca dan bentuk, setiap langkah dalam membuat kulintangan memerlukan ketepatan untuk mencapai kualiti bunyi yang optimum. Pilihan logam seperti gangsa atau tembaga dan bentuk serta saiz setiap gong kecil memainkan peranan penting dalam menghasilkan nada yang unik dan harmoni. Selain itu, kajian ini juga menceritakan tentang kewujudan kulintangan dan menjelaskan repertua-repertua yang akan dimainkan dengan alat muzik kulintangan.