Kajian Perbandingan Rumah Tradisional Melanau di Kampung Budaya, Kuching dan di Kampung Sok, Matu, Mukah.

Projek penyelidikan ini adalah mengenai “Kajian Perbandingan Rumah Tradisional Melanau Di Kampung Budaya, Kuching dan Di Kampung Sok, Matu, Mukah”. Memandangkan etnik Melanau merupakan salah satu etnik terbesar di Sarawak, pembinaan sebuah replika rumah tradisional Melanau di Sarawak dapat mempamer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rabi’atul’ Nadzirah binti Mohamad Rani
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14218/1/RABI_ATUL_%20NADZIRAH%20BINTI%20MOHAMAD%20RANI%20C20A1595.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14218/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini adalah mengenai “Kajian Perbandingan Rumah Tradisional Melanau Di Kampung Budaya, Kuching dan Di Kampung Sok, Matu, Mukah”. Memandangkan etnik Melanau merupakan salah satu etnik terbesar di Sarawak, pembinaan sebuah replika rumah tradisional Melanau di Sarawak dapat mempamerkan keunikkan identiti etnik Melanau di samping aspek budaya dan persekitaran kehidupan. Terdapat tiga objektif yang dinyatakan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti ciri-ciri senibina rumah tradisional Melanau di Kampung Sok, Matu, Mukah, Sarawak, mengenal pasti ciri-ciri senibina replika rumah tradisional Melanau di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak dan menganalisis perbandingan senibina yang diperolehi antara rumah tradisional Melanau di Kampung Sok, Matu, Mukah dengan replika rumah tradisional Melanau di Kampung Budaya, Kuching. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan maklumat mengenai kajian rumah tradisional Melanau ini.