Pelestarian Busana Tradisi Suku Kaum Kedayan : Kajian Di Kampung Sungai Lada, Labuan

Kajian ini mengenai pelestarian busana tradisi masyarakat suku kaum Kedayan dalam kalangan penduduk di Kampung Sungai Lada. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejarah pakaian suku kaum Kedayan , mengkaji persepsi masyarakat di Kampung Sungai Lada mengenai busana suku kaum Kedayan serta mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Nur Iqbal Firdaus Norden
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14176/1/Muhammad%20Nur%20Iqbal%20Firdaus%20Bin%20Norden.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14176/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengenai pelestarian busana tradisi masyarakat suku kaum Kedayan dalam kalangan penduduk di Kampung Sungai Lada. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejarah pakaian suku kaum Kedayan , mengkaji persepsi masyarakat di Kampung Sungai Lada mengenai busana suku kaum Kedayan serta membincangkan langkah untuk melestarikan busana suku kaum Kedayan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data dengan lebih terperinci berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah temu bual, lapangan, pemerhatian peserta dan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Seramai 162 orang penduduk Kampung Sungai Lada dan 9 orang Informan diambil sebagai responden bagi kajian ini. Dapatan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan maklumat. Secara keseluruhan, busana kaum Kedayan di Labuan dinamakan sebagai baju Kumbamban. Kebudayaan suku kaum Kedayan semakin terhakis disebabkan oleh berlakunya percampuran budaya. Hal ini menyebabkan kebudayaan suku kaum Kedayan semakin dipinggirkan. Namun, terdapat usaha yang dilakukan bagi melestarikan busana kaum Kedayan supaya setara dengan baju tradisi kaum lain. Contohnya pelestarian melalui persatuan, pengusaha pembuatan baju tradisi dan masyarakat.