Tahap penggunaan strategi pelajaran dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Guangxi, China.

Kebanyakan pelajar yang berlatar belakang kebudayaan Cina dan pelajar asing yang mengikuti Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Tinggi menghadapi pelbagai masalah, lemah dan gagal dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan menganal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Li Yan
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14070/1/THESIS%20%20LI%20YAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14070/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanyakan pelajar yang berlatar belakang kebudayaan Cina dan pelajar asing yang mengikuti Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Tinggi menghadapi pelbagai masalah, lemah dan gagal dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis penggunaan Strategi Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dalam kalangan pelajar di China. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kekerapan SPBM bagi pelajar China dan menentukan hubungan penggunaan SPBM dengan tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan pengumpulan data dengan instrumen soal selidik. Kajian menggunakan Model Strategi Pelajaran Bahasa, Teori Pelajaran Bahasa Kedua dan Teori Kognitif, serta Teori Kognitif Sosial. Sampel kajian adalah 70 pelajar Bahasa Melayu dari Universiti etnik-etnik Guangxi. Hasil kajian menunjukkan strategi sosial ialah strategi yang paling kerap digunakan oleh pelajar China (min=3.18), dan memori adalah strategi yang paling kurang digunakan dengan (min=2.89). Kajian mendapati nilai P>0.001 yang menunjukkan penggunaan SPBM secara keseluruhan tidak mempunyai korelasi dengan pencapaian pelajar. Keputusan kajian ini menjangkakan bahawa penggunaan Strategi Pelajaran Bahasa Melayu yang sesuai membantu pelajar dan pengajar Bahasa Melayu di China. Selain memudahkan pelajaran dan pengajaran, dapatan kajian juga mampu memberikan bantuan bagi program Kursus Bahasa Melayu di China serta meningkatkan mutu pendidikan Bahasa Melayu di negara China.